KUALA SELANGOR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan mengkaji semula program Jom Jadi Perantis atau Jumper yang dikendalikan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) agar selaras dengan kehendak yang diperlukan golongan usahawan. Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, sudah tiba masanya program keusahawanan itu mendapat pembiayaan diperlukan peserta program itu berbanding hanya menerima geran sebanyak RM10,000 sahaja. “Masalah Jumper ini apabila (peserta usahawan) tamat kursus, kita tidak menyediakan mereka keperluan sebagai usahawan. “Kalau hendak latih usahawan, kita kena ikut berapa yang diperlukan mereka untuk mulakan perniagaan dan kemudian membuat penilaian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya