TAMAN perindustrian getah mesra alam yang pertama di Malaysia, Kedah Rubber City (KRC) yang dibangunkan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di Ladang Bukit Ketapang, Padang Terap dekat Alor Setar, bakal memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat terutama dalam kalangan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS). Projek strategik nasional Kerajaan Persekutuan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob pada 7 Februari lalu menjadi peneraju dalam pembangunan industri getah serta hab global bagi industri getah di negara ini. Lebih membanggakan, NCIA dengan kerjasama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya