Kediaman inspirasi setiap generasi di Bayu Sutera  - Utusan Malaysia

Kediaman inspirasi setiap generasi di Bayu Sutera 

Susun atur lantai terbuka yang menyambung ruang tamu, ruang makan dan dapur menawarkan banyak ruang yang sesuai dengan konsep kediaman pelbagai generasi di Bayu Sutera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEKARANG sudah menjadi kebiasaan tiga generasi tinggal di bawah satu bumbung. Sudah tentu rumah ideal bagi keluarga moden ini memerlukan ruang mencukupi untuk setiap penghuninya dan ia mesti menjadi  inspirasi kepada setiap generasi, tanpa ada yang merasa tersisih atau terpinggir.  

Mengambil kira keperluan perumahan pada masa kini, maka Matrix Concepts Holdings Berhad tampil memajukan Bayu Sutera iaitu siri kediaman serba baharu dengan status pegangan bebas meliputi kawasan seluas 216 ekar yang membawa tema Inspirasi Kediaman Setiap Generasi. 

LALUAN rekreasi di sekeliling tasik.

Terletak di kawasan perbandaran mandiri Bandar Sri Sendayan di Seremban – kawasan perbandaran serba lengkap dengan segala kemudahan yang diperlukan untuk gaya hidup masa kini – Bayu Sutera adalah alamat premium yang mesti dimiliki kerana ia cerminan kawasan kediaman moden menawarkan kehidupan fleksibel serta selamat dalam lingkungan kawasan yang terjamin keselamatannya. 

Dengan Matrix Concepts sebagai pemaju, tidak ada apa yang perlu dipertikaikan kerana ia adalah antara 10 syarikat pemaju perumahan terkemuka di negara ini yang telah diiktiraf dengan pelbagai anugerah termasuk tersenarai dalam The Edge Billion Ringgit Club.   

Ruang untuk kanak-kanak bermain dengan selamat.

Projek kediaman serba lengkap ini menawarkan kehidupan berkualiti untuk memenuhi keperluan harian bukan sahaja untuk pemiliknya, tetapi juga semua generasi yang tinggal di dalamnya. 

Untuk itu Bayu Sutera memfokuskan kepada lima elemen utama selari dengan konsep Inspirasi Kediaman Setiap Generasi bagi menjadikannya kediaman idaman untuk mereka yang mahu membeli rumah terutama pembeli kali pertama.  

  1. Elemen pertama ialah ia konsep susun atur lantai terbuka yang menyambung ruang tamu, ruang makan dan dapur sambil  menawarkan banyak ruang yang sesuai dengan konsep  kediaman pelbagai generasi. Dengan keluasan binaan 2,142 kaki persegi, reka bentuk rumah teres dua tingkat Bayu Sutera memastikan tiga generasi selesa berkongsi di bawah satu bumbung. Setiap generasi  akan mempunyai ruang untuk diri sendiri selari dengan konsep yang ditawarkan.  Bilik tetamu di tingkat bawah pula sesuai untuk warga emas atau ibu bapa yang tidak lagi selesa mendaki tangga. 
Central Park menawarkan kemudahan rekreasi termasuk trek basikal.

 2. Elemen kedua pula penting untuk membantu penghuninya mengekalkan gaya hidup sihat sambil merehatkan minda di mana tersedia taman hijau seluas 9.5 ekar dikenali sebagai Central Park yang merupakan pelengkap kepada intipati hidup alamat premium di Bayu Sutera.  Taman ini dilengkapi pelbagai kemudahan riadah termasuk kemudahan seperti plaza pintu masuk, trek basikal, shelter, planter dengan bangku, laluan refleksologi, gelanggang futsal, parcourse, laluan pejalan kaki, dek pemandangan dan amfiteater.  Selain itu kawasan perumahan ini mempunyai empat presint dengan setiap satu mempunyai kawasan riadah sendiri untuk membantu meningkat gaya hidup sihat komuniti selain saling berhubungan 

PONDOK pengawal lengkap dengan kemudahan kamera litar tertutup (CCTV) untuk memastikan keselamatan komuniti.

3. Bayu Sutera adalah kawasan yang selamat. Itu penekanan pada elemen ketiga di mana pembangunannya amat mementing keselamatan penghuni. Selain seluruh kawasannya berpagar, keselamatan setiap presint juga terjamin di samping pondok pengawal dilengkapi  kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau apa juga aktiviti yang boleh menjejaskan atau mengancam keselamatan penghuninya. 

4. Elemen keempat ialah kawasan pembangunan yang mempunyai 2,000 buah rumah teres dua tingkat ini dikelilingi dengan semua kemudahan asas yang diperlukan seperti sekolah, kedai dan restoran, hub komersial, stesen minyak, klinik serta pelbagai lagi. Tidak perlu pergi jauh untuk mendapat segala kemudahan ini. 

Kawasan permainan kanak-kanak yang selesa.

5. Elemen kelima mengapa Bayu Sutera adalah Inspirasi Kediaman Setiap Generasi ialah lokasinya yang strategik. Terletak dalam kawasan perbandaran mandiri Bandar Sri Sendayan ia boleh diakses ke Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan jalan-jalan utama. Disebabkan kedudukannya di kawasan Bandar Sri Sendayan, maka segala kemudahan adalah dalam jangkauannya. Ini seperti  d’Tempat Country Club, X-Park, Carnelian Park, Sendayan Merchant Square, Sendayan Metropark dan Matrix Global Schools. Dari segi perhubungan pula ia disambungkan terus melalui Lebuhraya Utara-Selatan selain dihubungkan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Laluan refleksologi untuk komuniti mengamalkan gaya hidup sihat.

Berdasarkan kepada semua ciri-ciri ini, Bayu Sutera pasti memenuhi keperluan pembeli yang mahu menaik taraf gaya hidup mereka termasuk pembeli rumah pertama – kerana ia kediaman yang sesuai untuk mereka yang berkeluarga kecil hingga sederhana. 

 

Bayu Sutera merupakan inspirasi untuk mereka yang mahu menikmati ketenangan dan kehidupan penuh bermakna. 

 Harga yang ditawarkan bermula dari RM529,999. Mereka yang berminat boleh mendaftar di http://utusan.bayusutera.com/   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya