WISMAR: Jutawan Tan Sri Lim Kok Thay adalah antara beberapa pelabur yang berminat untuk membeli kapal mewah mega Global Dream yang sedang dalam pembinaan di syarikat pembuat kapal Genting Hong Kong Ltd., MV Werfen, di Jerman, lapor Bloomberg. Pentadbir insolvensi sementara yang dilantik oleh mahkamah Jerman untuk Genting Hong Kong, Christoph Morgen berkata, beberapa pihak yang berminat sedang berbincang untuk membeli kapal yang belum siap itu. “Saya optimis kita boleh mendapatkan perjanjian namun tidak sebelum bulan depan kerana kes itu rumit,” katanya pada taklimat di limbungan kapal yang ditutup di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya