SETELAH bersara daripada tentera, Mohd. Asmadi Saad, 49, bersama isterinya, Nur Syazana Rani, 31, telah mencuba pelbagai perniagaan bagi mencari sumber pendapatan. Percubaan mereka menjalankan perniagaan aiskrim kayu pada 2015 akhirnya berjaya membuahkan hasil apabila menerima sambutan cukup memberangsangkan. Bermula dengan modal sebanyak RM20,000 hasil wang simpanan, mereka menubuhkan Cahaya Syazana Enterprise seterusnya membeli mesin dan peralatan membuat ais krim. Nur Syazana berkata, pada peringkat awal, mereka tidak mengeluarkan produk sendiri sebaliknya membeli aiskrim pihak lain dan menjualnya. Kata suri rumah itu, apabila melihat potensi yang ada dalam perniagaan tersebut,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya