PETALING JAYA: Niaga hadapan minyak sawit Malaysia mencecah rekod tertinggi baharu kepada RM5,700 satu tan pada awal dagangan semalam, berikutan pengurangan bekalan daripada pengeluar dan pengeksport utama Indonesia. Bagaimanapun, kontrak penanda aras minyak sawit bagi penghantaran April di Bursa Malaysia turun 0.73 peratus kepada RM5,587 setan. Pihak berkuasa Indonesia mengejutkan pasaran minyak makan global minggu lalu dengan melaksanakan peraturan baharu yang mewajibkan pengeluar minyak sawit menjual 20 peratus daripada keluaran mereka kepada pengguna domestik pada harga tetap. Perubahan peraturan telah mengaburkan prospek bekalan minyak sawit mentah (MSM) dari Indonesia dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya