PETALING JAYA: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menyasarkan penggunaan jentera dan mesin automatik yang lebih menyeluruh dalam usaha meningkatkan produktiviti tuaian kelapa sawit sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing. Justeru, Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir menegaskan, syarikat perladangan perlu mengambil kesempatan terhadap keuntungan besar yang diperoleh daripada lonjakan harga sawit semasa dengan melabur dalam penyelidikan bagi memantapkan lagi industri huluan kelapa sawit. Menurutnya, pemindahan daripada cara tuaian manual kepada automasi itu memerlukan penyelidikan dan inovasi yang semakin berkembang agar dapat menghasilkan mesin yang memudahkan kerja seperti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya