JOHOR BAHRU: Pengeluar bas dan badan bas yang berpangkalan di negeri ini, Gemilang International Limited (GML) memperoleh tempahan tunggal terbesar dari Uzbekistan untuk membekalkan 190 kit badan pengangkutan awam itu. Kejayaan itu hadir kurang sebulan selepas kumpulan itu memenangi dan memenuhi tempahan untuk menghantar bas sekolah elektrik ke California, Amerika Syarikat (AS). Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif GML, Pang Chong Yong berkata, kontrak terbaharu dari Uzbekistan itu bakal meletakkan mereka sebagai syarikat yang lebih kukuh dalam pasaran baru di Asia Tengah selain membantu untuk meneroka negara seperti Belarus dan Kazakhstan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya