PETALING JAYA: Prestasi ekonomi Malaysia pada 2021 menunjukkan momentum pemulihan yang kukuh dengan pertumbuhan 3.1 peratus berbanding penurunan 5.6 peratus pada 2020. Pemulihan itu hasil pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku keempat 2021 yang tumbuh pada kadar 3.6 peratus berbanding penguncupan 4.5 peratus suku ketiga. Pertumbuhan dipacu oleh kegiatan ekonomi yang semakin rancak susulan pelonggaran langkah-langkah pembendungan Covid-19, yang menyaksikan kadar pengangguran turun kepada 4.6 peratus. Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), kegiatan ekonomi yang kembali pulih dibantu oleh pemulihan pasaran pekerja serta sokongan dasar yang berterusan. “Permintaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya