PUTRAJAYA: Chartered Institute of Logistic and Transport Malaysia (CILTM) bakal menjalin kerjasama erat dalam bidang pendidikan dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. Ia hasil perbincangan awal susulan lawatan industri melibatkan seramai 13 ahli Majlis CILTM ke Pusat Inovasi Penyelesaian Pelanggan firma teknologi tersebut di Kuala Lumpur semalam. Menurut Presiden CILTM, Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah, peluang jaringan tersebut adalah salah satu hala tuju visi organisasi itu bekerjasama dengan sektor industri pendigitalan. “Kami sebagai badan profesional sedia bina kerjasama dengan pemain industri berpotensi bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan CILTM kepada pelbagai pengetahuan,” katanya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya