PETALING JAYA: Yayasan AirAsia menjemput organisasi bantuan dan pemulihan untuk memohon geran menerusi kempen Bantuan Banjir Malaysia yang telah dilancarkan baru-baru ini bagi membantu membiayai projek pemulihan di kawasan terjejas akibat banjir. Menurut yayasan itu, organisasi yang layak memohon adalah organisasi bukan keuntungan berdaftar dengan rekod prestasi yang baik dari segi bantuan dan pemulihan pasca bencana. Jelasnya, proses pemilihan akan mengutamakan cadangan untuk baik pulih infrastruktur yang rosak seperti balai raya, sekolah, klinik, jambatan atau kemudahan sanitasi. “Organisasi yang ingin menjalankan program kesiapsiagaan bencana dijemput untuk memohon geran ini,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya