PETALING JAYA: Pembukaan ekonomi yang lebih luas dan janji kerajaan tidak akan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun ini dijangka melonjakkan permintaan dalam sektor automotif, sekali gus menjanjikan pertumbuhan positif jumlah keseluruhan industri (TIV) bermula dari suku pertama 2022. Penganalisis Ekonomi Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, sektor automotif tempatan, khasnya Proton dan Perodua juga harus proaktif dalam memastikan permintaan ini dapat dipenuhi, agar tidak meresahkan atau menyulitkan pembeli. Jelasnya, ini kerana terdapat khabar angin yang beberapa model Proton dan Perodua memerlukan tempoh menunggu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya