'Supermega' dobi Laundrybar untuk rakyat Malaysia - Utusan Malaysia

‘Supermega’ dobi Laundrybar untuk rakyat Malaysia

Pengarah Urusan Kumpulan City Coin Paul Ang (kiri) memotong riben sebagai tanda perasmian Supermega dobi layan Laundrybar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sebagai tanda sokongan berterusan rakyat Malaysia yang mempercayai perkidmatan terbaik Laundrybar antara faktor utama dobi layan diri Laundrybar terus berkembang biarpun berdepan dengan situasi sukar pendemik Covid-19.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan City Coin Paul Ang, tanpa sokongan rakyat Malaysia cawangan terbesar ini tidak mungkin terjadi.

“Saya sebagai orang Malaysia berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana mempercayai jenama Malaysia. Pembukaan ‘Supermega’ Laundrybar yang pertama di negara ini adalah bukti sokongan semua dan kami akan terus memberi perkhidmatan yang terbaik dan maksimum.

“Sebanyak 38 buah mesin disediakan di cawangan mega pertama ini, dan selepas ini dirancang akan dibuka di beberapa buah lokasi termasuk di Langkawi.

“Saya percaya dengan kedai yang lebih besar, fasiliti yang baik akan lebih memberi keselesaan yang pengguna,” jelasnya pada majlis perasmian Cawangan Pertama Supermega Laundrybar di Kota Damansara, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Paul juga memberitahu selain menyediakan perkhidmatan dobi layan diri, pihaknya juga turut memberi peluang kepada semua orang untuk menceburi perniagaan francais Laundrybar.

“Kita semua maklum mengenai kebaikan sistem francais dan sehingga kini kita memiliki ramai usahawan yang menceburkan diri dan berjaya kerana ia satu pilihan terbaik.

“Skim pelaburan yang disediakan dengan dividen 8 peratus setahun dan pulangan modal dalam tempoh tiga hingga empat tahun ini telah diluluskan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Skim Kepentingan 2016.

“Laundrybar merupakan syarikat pertama yang melancarkan skim ini,” jelasnya.

Sementara Setiausahaha Agung Persatuan Francais Malaysia (MFA) Mohamad Shukri Salleh memberitahu Laundrybar merupakan ahli persatuan sejak 2017 dan pernah dinobatkan sebagai francaisor Harapan Terbaik pada tahun 2018.

“MFA akan sentiasa memberikan penekanan kepada keperluan ahli MFA dengan melaksanakan program-program atau aktiviti-aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada ahli secara khususnya serta penggiat industri secara umum.

“Penyertaan Laundrybar dalam aktiviti MFA termasuk FIM, Anugerah Francais, sesi liberatus francais, misi perdagangan antarabangsa dan Malaysia Digital Francais Expo (Mydigifex) sejak dulu lalu.

“Selain itu, MFA tahun ini juga turut merangka beberapa aktiviti tahun ini termasuk Program latihan Francais dan Kursus Asas Francaisor.

“Tidak lupa juga program pembangunan francais makro dan mampu milik seperti geran, program latihan dan roadshow serta pameran, persidangan francais antarabangsa dan Anugerah francais Malaysia,” jelasnya.

Untuk rekod, Supermega Laundrybar merupakan yang pertama, manakala sebanyak 530 buah kedai jenama itu di seluruh Malaysia sejak mula beroperasi pada tahun 2013.

Selain di Malaysia, Laundrybar juga turut mengembangkan jenama Malaysia ini ke luar negara termasuk Thailand (120 cawangan), Turki (4 cawangan) dan Brunei (12 cawangan).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya