BENGALURU: Konglomerat India, Reliance Industries Ltd. berbelanja hampir AS$100 juta (RM420.05 juta) untuk mendapatkan pegangan kawalan ke atas hotel lima bintang di tengah bandar Manhattan, Mandarin Oriental New York melalui pembelian syarikat induknya yang berpangkalan di Kepulauan Cayman. Dalam maklumannya kepada bursa Sabtu lalu, Reliance berkata, anak syarikat pelaburan perindustriannya akan mengambil alih Coumbus Centre Corp. (Cayman) dengan nilai ekuiti pada kira-kira AS$98.15 juta (RM412.28 juta). Katanya, pengambilalihan Columbus Centre oleh Reliance Industrial Investments and Holdings Ltd. akan meningkatkan aktiviti kepenggunaan dan hospitalitinya. Columbus Centre merupakan pemilik tidak langsung kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya