PETALING JAYA: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia dalam mesyuaratnya semalam memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus. BNM dalam kenyataan berkata, MPC menyifatkan pendirian semasa dasar monetari adalah wajar dan akomodatif. Katanya, langkah-langkah fiskal dan kewangan akan terus mengurangkan kesan ekonomi terhadap perniagaan dan isi rumah serta memberikan sokongan kepada kegiatan ekonomi. “Pendirian dasar monetari akan terus ditentukan oleh data baharu serta kesannya kepada prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan dalam negeri,” katanya. Menurut bank pusat itu, pertumbuhan ekonomi global terus pulih, disokong oleh aktiviti perkilangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya