PETALING JAYA: MBSB Bank Berhad menawarkan menawarkan bantuan bayaran balik kepada pelanggannya yang terjejas akibat banjir. Bantuan tersebut membolehkan pelanggan menjadualkan semula atau membiayai semula pembiayaan peribadi serta rumah mereka, selepas terpaksa berhadapan kerosakan harta benda yang teruk akibat bencana itu. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib berkata, pihaknya memahami sesetengah pelanggan mungkin terjejas dari segi kewangan selepas banjir dan ingin membantu meringankan beban kewangan mereka. “Pelanggan yang terjejas boleh memohon untuk penangguhan pembayaran balik pembiayaan, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya