PETALING JAYA: Ericsson, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Digital Nasional Berhad (DNB) mengumumkan kerjasama dalam satu inisiatif pendidikan 5G di Malaysia untuk mendidik para pelajar tentang 5G dan teknologi baharu muncul. DNB dan Ericsson dalam kenyataan bersama berkata, kerjasama itu akan membolehkan pelajar UTM mengambil bahagian serta menyumbang kepada ekonomi digital negara dan transformasi Industri 4.0. Jelasnya, selari dengan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara ketiga-tiga pihak, Ericsson akan membuka platform Ericsson Educate kepada pelajar UTM bagi menawarkan akses kepada bahan-bahan pembelajaran tentang teknologi utama terkini. Katanya, mata pelajaran yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya