LONDON: Kekayaan Elon Musk melonjak sebanyak AS$33.8 bilion (RM141.33 bilion) setelah Tesla Inc melaporkan telah memecahkan rekod sebelumnya untuk penghantaran kenderaan. Ia sekali gus mendorong kenaikan saham pembuat kereta elektrik itu dan mencipta satu lonjakan terbesar dalam kekayaan pemiliknya. Kekayaan Musk kini mencecah AS$304.2 bilion (RM1.27 trilion), menurut Indeks Billionaires Bloomberg, diikuti pengasas Amazon, Jeff Bezos di tempat kedua dalam dengan kekayaan AS$196 bilion (RM820.46 bilion). Saham Tesla meningkat 13.5 peratus kepada AS$1,199.78 (RM5,022.28) awal minggu ini selepas keputusan suku keempatnya ternyata melebihi anggaran penganalisis untuk penghantaran kereta. Penilaian pasaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya