PETALING JAYA: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada November lalu dijangka bertumbuh 5.6 peratus melihat kepada indikator-indikator utama yang meningkat dengan pesat, termasuk Indeks Pengeluaran Industri (IPI), Indeks Perdagangan Distributif (DTI) dan output minyak sawit mentah (MSM). Maybank Investment Bank (Maybank IB) dalam nota kajiannya berkata, pada bulan tersebut, IPI, DTI dan output MSM meningkat masing-masing kepada 9.4 peratus, 2.9 peratus dan 9.6 peratus tahun ke tahun. Katanya, peningkatan IPI disokong pertumbuhan kukuh dalam sektor pembuatan (11.3 peratus tahun ke tahun), yang didorong pengembangan untuk bulan kedua berturut-turut dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya