BANGALORE: Lebih 4,000 penerbangan dibatalkan di seluruh dunia Ahad lalu, menambah gangguan kepada perjalanan minggu percutian akibat cuaca buruk dan peningkatan kes Covid-19 disebabkan varian Omicron. Lebih separuh daripada jumlah tersebut melibatkan penerbangan Amerika Syarikat (AS). Penerbangan tersebut dibatalkan bermula pukul 8 malam GMT Ahad lalu, termasuk 2,400 penerbangan memasuki, keluar atau dalam AS, menurut laman web FlightAware.com. Di seluruh dunia, lebih 11,200 penerbangan ditangguhkan. Antara syarikat penerbangan dengan pembatalan terbanyak ialah SkyWest dan Southwest, masing-masing dengan 510 dan 419 pembatalan, menurut FlightAware. Percutian Krismas dan Tahun Baharu kebiasaannya merupakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya