PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan dua kemudahan pembiayaan baharu berjumlah RM2 bilion di bawah Dana BNM untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Menurut BNM, permohonan untuk kemudahan-kemudahan itu akan dibuka bermula 3 Februari ini sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya. Jelasnya, dua kemudahan pembiayaan itu ialah Kemudahan Permodalan Semula Perniagaan (BRF) dan Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF), masing-masing berjumlah RM1 bilion. “BRF bertujuan menyokong PKS untuk pulih dan berkembang, di samping menguruskan tahap keberhutangan mereka melalui penyelesaian pembiayaan yang inovatif,” katanya dalam kenyataan. BNM berkata, di bawah BRF, PKS…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya