SHAH ALAM: Inilah masanya untuk bangsa usahawan berani melangkah dengan lebih besar pada tahun baharu ini.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, bagaimanapun keberanian tersebut tidak boleh datang begitu sahaja tanpa adanya ilmu, strategi dan sistem yang betul.
Katanya, melalui ilmu, strategi dan sistem akan memberikan lebih keyakinan untuk usahawan itu bertindak.
“Siapakah di sini yang mahu lihat bisnes mereka melonjak berkali-kali ganda atau dapat membantu lebih ramai orang di luar sana?
“Saya pasti ramai usahawan mahu, tapi adakah mereka sanggup melakukan apa saja untuk capainya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
RichWorks merupakan syarikat latihan dan bimbingan usahawan yang terbesar dan paling berjaya di negara diasaskan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sejak 2008 lagi.
Tambahnya, tiada perkataan relaks sebenarnya meskipun baru bermula 2022 bagi usahawan yang nak bina bisnes berjaya.
“Lebih baik kita bekerja keras pada awal tahun ini dengan lakukan penambahbaikan dan pembaharuan yang perlu.
“Inilah masanya untuk lakukan tindakan yang signifikan, kecil atau besar bagi bawa bisnes terus berkembang pada awal tahun ini,” jelasnya.
Sementara itu, Radz memberitahu, beliau mewakili RichWorks juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada seluruh rakyat Malaysia terutama bangsa usahawan.
“Tahun 2021 sudah berlalu, pelbagai cabaran dilalui seperti pandemik dan banjir namun kita perlu bangkit semula.
“RichWorks ada bersama-sama anda, kami ada kepakaran dalam melatih dan membimbing usahawan yang mana di sini lahirnya usahawan jutawan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, RichWorks juga akan membawakan ‘Siri Klinik Usahawan Bina Bisnes Berjaya – Branding & Marketing Power 2022!’ sebagai hadiah tahun baharu pada awal Mac nanti. – UTUSAN