PETALING JAYA: Kejadian banjir yang melanda beberapa negeri mengganggu operasi perladangan dan risikonya berterusan memandangkan musim hujan semasa dijangka berlarutan sehingga Mac. Penganalisis Maybank Investment Bank (Maybank IB), Ong Chee Ting dalam nota kajiannya berkata, fenomena La Nina dan Monsun Timur Laut telah menyebabkan banjir sporadik di beberapa negeri sejak awal Disember, termasuk sebahagian Selangor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Kelantan dan Sabah. Katanya, kejadian tersebut mengganggu operasi ladang untuk beberapa hari di kawasan terkesan dari segi ketiadaan tuaian dan kerosakan jalan ke kilang. “Kami difahamkan kerugian hasil masih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya