BERLIN: Persatuan perdagangan BGA Jerman memberi amaran gangguan besar-besaran dalam rantaian bekalan disebabkan penyebaran pesat varian Omicron. Namun, BGA menjelaskan, keruntuhan jangka panjang rantaian bekalan mungkin tidak akan berlaku. Industri Jerman mengalami kekurangan bekalan mikrocip dan komponen lain, sementara kes jangkitan Covid-19 mengaburkan unjuran untuk peruncit bagi permulaan 2022. Presiden BGA, Dirk Jandura berkata, tiada risiko keruntuhan namun ada kemungkinan gangguan besar-besaran rantaian bekalan akan berlaku, sekurang-kurangnya untuk sementara. Katanya, kemungkinan gangguan dalam rantaian penghantaran global tetap ada walaupun sudah ramai pemborong di seluruh dunia telah menjadikan rantaian bekalannya lebih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya