PETALING JAYA: AirAsia X (AAX) akan menyambung semula perkhidmatan komersialnya antara Kuala Lumpur dan Sydney bermula 14 Februari. Syarikat penerbangan itu juga akan menawarkan penebusan akaun kredit kepada para tetamu yang terjejas oleh penstrukturan semulanya. Para tetamu AAX boleh menempah semula penerbangan mereka dengan menggunakan akaun kredit. Sebagai permulaan, penerbangan akan dikendalikan setiap minggu pada hari Isnin dari Kuala Lumpur ke Sydney dan kembali pada hari Selasa bermula 14 Februari 2022 hingga 22 Mac 2022. Jadual penerbangan untuk sesi musim luruh / musim sejuk akan diumumkan pada pertengahan bulan Februari. AirAsia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya