PETALING JAYA: UMW Toyota Motor bakal melancarkan kereta hibrid elektrik pertama yang dipasang dalam negara (CKD). Menurut UMW Toyota Motor, model Corolla Crosss Hibrid itu dalam peringkat praproduksi di ASSB, kilang pemasangannya di Bukit Raja dekat sini. Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama berkata, sejak syarikat memulakan pemasangan tempatan untuk Corolla Cross Hibrid, maklum balas yang diterima adalah baik dan pihaknya gembira ramai rakyat Malaysia berhasrat untuk beralih kepada teknologi kenderaan hibrid elektrik. Jelasnya, Toyota telah mengeluarkan kenderaan hibrid elektrik sejak akhir 1990-an dan sentiasa menambah baik serta memajukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya