Touch ‘n Go eWallet, Fave jalin kerjasama strategik - Utusan Malaysia

Touch ‘n Go eWallet, Fave jalin kerjasama strategik

pengguna dapat menambah ganjaran apabila mereka membuat pembayaran dalam aplikasi Fave melalui Touch ‘n Go eWallet,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Touch ‘n Go eWallet dan Fave menjalinkan kerjasama strategik bagi membolehkan pembayaran dibuat melalui eWallet pada aplikasi Fave.

Kolaborasi tersebut selari dengan visi Fave untuk mewujudkan ekosistem pembayaran bersepadu bagi pengalaman membeli-belah yang benar-benar memberikan kepuasan kepada pengguna dan pada masa  sama meneruskan momentum untuk menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai.

Ketua Pengarah Eksekutif Fave, Joel Neoh berkata, kini terdapat kepelbagaian dalam pilihan kaedah pembayaran dalam kalangan penduduk Malaysia dengan adanya beraneka jenis kaedah pembayaran digital yang semakin popular di seluruh negara.

“Pengguna bijak generasi baharu kini mempunyai pilihan yang begitu banyak ketika membeli-belah, antaranya mereka boleh memilih pembayaran tanpa tunai berganjaran serta pembayaran secara ansuran dengan penyelesaian beli sekarang, bayar kemudian (BNPL).

“Kami teruja kerana dapat menjalankan usaha sama dengan Touch ‘n Go eWallet dalam usaha kami meneruskan momentum untuk menawarkan cara-cara yang inovatif untuk membuat pembayaran, pada masa yang sama mewajarkan pengguna untuk memilih cara pembayaran tanpa sentuh bagi pengalaman membeli-belah yang lebih bijak dan memuaskan.

“Menerusi usaha sama ini, pengguna dapat menambah ganjaran apabila mereka membuat pembayaran dalam aplikasi Fave melalui Touch ‘n Go eWallet,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn. Bhd., Ignatius Ong berkata, kerjasama dengan Fave merupakan satu penghormatan bagi pihaknya.

Ujarnya, dalam meneruskan usaha untuk meluaskan titik sentuh Touch ‘n Go eWallet, pihaknya juga ingin menyediakan pengalaman pengguna yang lebih baik dan utuh dari segi transaksi tanpa tunai.

“Walaupun dalam situasi pandemik ini, kami dapat menyaksikan trend yang menaik dalam penggunaan eWallet, selain lebih ramai pelanggan yang memilih untuk menikmati keselesaan membeli-belah secara dalam talian dari kediaman mereka,” katanya.

Sebagai langkah untuk memberi insentif dan menawarkan kemudahan kepada pengguna selepas tamat perintah kawalan pergerakan, pengguna yang menggunakan Fave yang dipautkan kepada Touch ‘n Go eWallet akan menerima pulangan tunai sehingga 20 peratus serta dapat mengumpul setem Goal Hunter. 

Pengguna Fave akan dapat menggunakan Touch ‘n Go eWallet sebagai cara pembayaran pilihan mereka dan menikmati pelbagai faedah dalam bentuk pulangan tunai dan setem Goal Hunter bagi setiap transaksi.

Pengalaman pembayaran yang lancar memudahkan pengguna Fave mengoptimumkan perbelanjaan dan penjimatan mereka, serta memberikan lebih banyak pilihan eWallet yang ingin digunakan untuk perbelanjaan mereka, segalanya dalam satu platform.

Pengguna yang memuat turun aplikasi Fave dan memautkan Touch ‘n Go eWallet kepada aplikasi Fave boleh menikmati pulangan tunai sehingga RM8 bagi pembelian pertama mereka dan mendapatkan setem Goal Hunter bagi setiap RM10 yang dibelanjakan dengan Touch ‘n Go eWallet pada aplikasi Fave. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya