KUALA TERENGGANU: Taman Biopolimer Kertih (KBP) yang dibangunkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di kawasan seluas 140 hektar di Kemaman berjaya menarik pelaburan bernilai RM5.2 bilion, setakat ini. Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Baidzawi Che Mat berkata, jumlah itu membabitkan pembangunan Fasa 1 dan 2 yang telah diduduki sepenuhnya oleh sektor perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE). Katanya, pelbagai usaha akan ditingkatkan bagi menarik lagi pelaburan di samping memacu pertumbuhan industri petrokimia khusus itu termasuk dengan membangunkan Fasa 4 di kawasan tambahan seluas 160 hektar. “Baru-baru ini, KBP…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya