PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) pada 30 November berjumlah AS$116.7 bilion (RM495.641 bilion) meningkat sedikit berbanding AS$116.5 bilion (RM492.795 bilion) pada 15 November lalu. Menurut BNM, jumlah itu memadai untuk membiayai lapan bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek. Katanya, komponen utama rizab terdiri daripada rizab mata wang asing berjumlah AS$103.9 bilion (RM439.50 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) AS$1.4 bilion (RM5.92 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) AS$6.1 bilion (RM25.80 bilion), emas AS$2.2 bilion (RM9.31 bilion) dan aset rizab lain AS$3.1 bilion…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya