LANGKAWI – RichWorks International Sdn. Bhd. ( RichWorks ) membuka ruang kepada usahawan terjejas banjir untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang boleh diberikan berdasarkan kepakaran dalam membina bisnes yang berjaya sejak 13 tahun lalu.
Mentor usahawan merangkap Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, musibah banjir tersebut pastinya menambah lagi bebanan ditanggung selepas sekitar dua tahun dilanda pandemik ini.
Katanya, RichWorks boleh berikan khidmat nasihat kepada usahawan untuk melakukan apa yang perlu bila terjejas dengan banjir.
“Mereka boleh terus hubungi RichWorks di talian 019-2442244 untuk tetapkan temu janji agar kita boleh hubungi mereka kembali.
“Fokus usahawan kini perlu ditumpukan bagaimana mereka cepat-cepat dapat kembali bangkit meneruskan operasi,” katanya.
Tambahnya, bantuan, pinjaman tanpa faedah, geran dan moratorium diumumkan kerajaan boleh diambil untuk pastikan mereka tak begitu terbeban.
“Jangan terlalu lama rasa ‘down‘, tak kira berapa kali anda jatuh tapi paling penting bagaimana bangkit semula dari krisis ini.
“Sebenarnya RichWorks juga terkesan dengan banjir apabila pejabat malah kenderaan dan rumah kakitangan yang dinaiki air, namun kita ambil ia sebagai ujian dan yakin pasti ada sinarnya nanti,” ujarnya.
Dalam pada itu, Azizan memberitahu, pihaknya juga melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) telah dan sedang mengumpulkan dana bantuan bagi mangsa banjir.
“Sumbangan ini daripada RichWorks bersama anak-anak didik kami.
“InsyaAllah, esok kita akan menyalurkan sumbangan berkenaan,” ujarnya. -UTUSAN