PETALING JAYA: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengumumkan penemuan gas di telaga penerokaan liar Nangka-1 miliknya di Blok SK417 yang terletak di kawasan air cetek Wilayah Baram, kira-kira 180 kilometer dari pesisir pantai Sarawak. Telaga Nangka-1 berjaya digerudi sedalam 3,758 meter pada September lalu. Gas manis tersebut ditemui di takungan klastik Kitaran Miosen Tengah ke Lewat VI, membuktikan potensi hidrokarbon di kawasan sekitarnya. Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia Petronas, Mohamed Firouz Asnan berkata, kejayaan di telaga Nangka-1 menandakan penemuan gas kedua di Wilayah Baram tahun ini. Kata beliau, penemuan gas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya