PETALING JAYA: Pasaran kewangan domestik terjejas akibat kebimbangan berhubung varian Omicron pada November lalu, lapor Bank Negara Malaysia (BNM). Menurut bank pusat itu, pada akhir November, sentimen pelabur global didorong terutamanya oleh kemunculan varian baharu iaitu Omicron, yang mengatasi kebimbangan berhubung tekanan inflasi yang berterusan dalam ekonomi maju. “Akibatnya, kadar hasil bon global, termasuk penanda aras kadar hasil MGS 10 tahun, menurun serentak dengan penurunan kadar hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) jangka panjang. “FBM KLCI menurun sebanyak 3.1 peratus dan ringgit menyusut nilai sebanyak 2.0 peratus berbanding dengan dolar AS,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya