Manfaatkan pelbagai kegunaan kelapa - Utusan Malaysia

Manfaatkan pelbagai kegunaan kelapa

NORLELA Mili bijak mempelbagaikan kegunaan kelapa yang dijual olehnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bijak mempelbagaikan kegunaan kelapa, Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dari Sarawak ini memperkenalkan aneka produk menggunakan kelapa yang dijual olehnya.

Norlela Mili, 49, berkata selain menjadi pemborong dan penjual kepala, dia turut menghasilkan santan, kerisik, minyak kelapa dan sagu.

“Bagi jualan kelapa, dianggarkan dalam sehari sebanyak 1,000 biji kelapa diedarkan kepada pembeli dan jumlahnya meningkat kepada 2,000 biji bagi musim perayaan.

“Selain diedarkan kepada 10 pemborong, saya juga memerlukan hampir 300 biji kelapa untuk tujuan jualan lebih 50 kilogram (kg) santan setiap hari,” katanya, ketika dihubungi, baru-baru ini.

Kata Norlela, selain itu dia juga memproses kerisik menerusi Ratu Santan dihasilkan secara tradisional menggunakan isi kelapa segar.

“Keunikan kerisik saya adalah ia tiada bahan campuran minyak lain selain kelapa.

“Aroma yang dihasilkan juga lebih wangi menambahkan lagi keenakan masakan. Untuk tempahan, kunjungi Facebook, Ratu Santan atau hubungi 010-500 8128,” katanya.

——————————————————————–

ROGAYAH Jonas menghasilkan pelbagai kuih kering yang terkenal dalam kalangan masyarakat Sarawak.

Kuih kering sentiasa mendapat sambutan

Kuih kering antara tarikan hidangan kuih tradisional yang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Sarawak yang berbilang etnik.

Pengusaha kuih kering, Rogayah Jonas, 53, berkata, terdapat pelbagai jenis kuih tradisional masyarakat tempatan yang enak untuk dinikmati.

“Saya mula membuat kuih kering ini sekitar 90-an dan perusahaan kuih kering tidak akan luput bahkan menarik perhatian pelancong.

“Antara kuih kering yang saya hasilkan adalah kerepek pisang, kerepek ubi biskut nestum, biskut kacang dan banyak lagi yang sesuai untuk dijamu untuk setiap lapisan masyarakat,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, perniagaan yang bermula secara kecil-kecilan sehingga membolehkan dirinya mengusahakan bengkel memproses makanan kering.

Untuk tempahan boleh hubungi, 011- 2189 1316.

—————————————————————————

SADANG Anak Paing bersama cendawan tiram kelabu yang ditanam olehnya.

Dulu 100, kini 40,000 bongkah semaian

Permintaan tinggi terhadap cendawan tiram kelabu mendorong Sadang Anak Paing, 30, untuk menceburi bidang pertanian itu secara serius.

Akui Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, Syarikat Naga Selanggau dimulakan sejak 2018 menghasilkan kira-kira 250 kilogram (kg) cendawan tiram hitam setiap bulan.

“Saya bermula dengan 100 bongkah semaian dan kini meningkat kepada 40,000 bongkah untuk menghasilkan cendawan tiram hitam.

“Setiap satu kilogram cendawan tiram hitam dijual pada harga RM16 membolehkan pendapatan bulanan mencecah RM4,000 sebulan,” katanya, ketika dihubungi, baru-baru ini.

Katanya, cendawan tiram hitam mudah dijaga membuatkan dirinya terus memperluaskan lagi perusahaan pertanian itu.

“Pengeluaran cendawan setiap hari boleh mencecah antara enam kilogram (kg) hingga 30 kg. Untuk tempahan boleh hubungi 012-871 0736,” katanya.

—————————————————————————

PENGUSAHA Tepung Bangkit Susu Dahlia, Aulia Cookies, Tahirah Othman, memperkenalkan satu lagi produknya, Tepung Cucur Segera Moringa.

Bekas guru tambah rezeki dengan tepung segera

Bekas guru, Tahirah Othman, 54, nekad memperkenalkan tepung segera, Jepput Moringga, kepada pasaran tempatan terutamanya bagi individu yang ingin menyediakan hidangan pantas namun enak.

“Tepung ini menggabungkan ramuan cucur unik kerana bahan utama digunakan sebagai penambah rasa adalah daun Moringa.

“Selain campuran daun Moringa, bancuhan tepung ini juga ditambah dengan bahan rahsia yang memberikan kerangupan cucur.

“Produk ini mengekalkan ciri-ciri hidangan sihat tetapi mudah untuk dihidangkan dan dinikmati seisi keluarga,” katanya, ketika dihubungi, baru-baru ini.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, dia turut mengetengahkan Tepung Bangkit Susu Dahlia, Aulia Cookies, yang sukar ditemui dalam pasaran.

“Tepung ini sudah berada dalam pasaran sejak 12 tahun lalu selepas saya terfikir untuk berkongsi rahsia pembuatan kuih dahlia yang enak.

“Untuk tempahan, hubungi 019-910 1322,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya