KPDNHEP bantu industri francais, beri 37 geran perniagaan - Utusan Malaysia

KPDNHEP bantu industri francais, beri 37 geran perniagaan

ALEXANDER Nanta Linggi menyampaikan geran pembangunan francais mikro dan francais mampu milik kepada Goh Lim Huew Chze pada Majlis Penyampaian Geran Penuh dan Geran Padanan di Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Kuala Lumpur. - UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merancakkan kembali pertubuhan sektor francais melalui inisiatif program pembangunan francais mikro dan francais mampu milik dengan menyerahkan geran kepada 37 penerima.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, program tersebut merupakan salah satu program utama KPDNHEP sebagai usaha membangunkan industri francais berskala mikro dan menarik penglibatan rakyat dari golongan B40 serta M40 untuk menceburi bidang tersebut.

Menurut beliau, kementerian itu optimis melalui inisiatif tersebut kerana pihak francisor akan dapat membangunkan lebih banyak pakej permulaan perniagaan francais mampu milik bernilai RM100,000 ke bawah serta francais mikro bernilai RM50,000 ke bawah.

“Pemberian geran penuh dan geran padanan ini adalah untuk memperluaskan pertumbuhan perniagaan francais berskala mikro dan mampu milik dalam negara seterusnya mewujudkan peluang perniagaan kepada rakyat.

“Geran penuh menyasarkan lapan pakej baharu francais berskala mikro dan mampu milik dapat dibangunkan pada tahun 2021, geran padanan pula kami menyasarkan 27 usahawan francaisi akan dilahirkan pada tahun ini,” katanya semasa majlis penyampaian geran tersebut, semalam.

Alexander Nanta berkata, KPDNHEP menerima sebanyak 140 permohonan sehingga satu Ogos 2021, terdiri daripada 14 permohonan penuh dan 126 permohonan bagi geran padanan dengan nilai permohonan sebanyak RM22,923,6180.50.

Jelasnya, selepas proses saringan dan penilaian KPDNHEP meluluskan lapan permohonan bagi geran penuh melibatkan keseluruhan sebanyak RM840,000 dan 29 permohonan geran padanan dengan nilai penuh sebanyak RM2,116,116.

“Saya optimis bahawa sokongan berterusan oleh semua pihak yang berminat untuk terlibat dalam usaha perniagaan ini ia akan menjadi penentu kepada kelangsungan inisiatif KPDNHEP dan menjadi asas pertimbangan kerajaan meluluskan penambahan peruntukan untuk pelaksanaan ini.

“Saya juga yakin inisiatif ini akan menjadi satu manifestasi serius kerajaan untuk merealisasikan peningkatan penyertaan golongan B40 dan M40 bergiat dalam perniagaan francais,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya