PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad (Proton) melepasi jumlah jualan 100,000 unit untuk tahun ketiga berturut-turut. Pada November, Proton menjual sebanyak 14,187 unit (domestik dan eksport), menjadikan jumlah jualan semasa sebanyak 100,566 unit. Menurut Proton, pencapaian itu meningkatkan keyakinan bahawa syarikat akan dapat mengaakhiri tahun ini dengan perkembangan jualan yang positif. Katanya, jualan pada November meningkat sebanyak 6.2 peratus berbanding Oktober, sekali gus mencatatkan pertumbuhan selama tiga bulan berturut-turut. “Berbanding November 2020, jualan meningkat sebanyak 24.3 peratus, yang juga menyebabkan jualan semasa meningkat sebanyak 4.3 peratus. “Pegangan pasaran pula dianggarkan sekitar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya