JAKARTA: Indonesia menjadi negara terbaharu yang membenarkan pesawat Boeing 737 MAX kembali ke ruang udaranya, menyertai Ethiopia dalam menarik balik larangan penerbangan ke atas pesawat berkenaan yang terhempas di kedua-dua negara lebih dua tahun lalu. Kementerian Pengangkutan akan membenarkan syarikat penerbangan menyambung semula penerbangan pesawat di wilayahnya selepas selesai proses penyiasatan dan penambahbaikan dibuat pada sistem pesawat, kata Ketua Pengarah Pengangkutan Udara, Novie Riyanto dalam satu kenyataan, semalam. Indonesia mengalami nahas paling buruk melibatkan jet itu pada Oktober 2018, yang mengorbankan 189 orang di dalam pesawat Lion Air. Nahas kedua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya