Iconic Worldwide pasarkan sarung tangan nitril ke AS - Utusan Malaysia

Iconic Worldwide pasarkan sarung tangan nitril ke AS

Iconic Medicare Sdn. Bhd. dapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (FDA) pada 14 Disember lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Iconic Worldwide Berhad menerusi anak syarikatnya, Iconic Medicare Sdn. Bhd. kini boleh mengedar sarung tangan nitril perubatan tanpa serbuk di seluruh Amerika Syarikat (AS) selepas mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (FDA) pada 14 Disember lalu.

Pengarah Urusan Iconic Worldwide, Datuk Tan Kean Tet berkata, kelulusan FDA adalah tepat pada masanya kerana syarikat baru sahaja memulakan operasi di kemudahan pembuatan PPE baharu untuk sarung tangan dan pelitup muka perubatan di Batu Kawan, Pulau Pinang.

“Selain daripada FDA, kumpulan juga telah memperoleh pensijilan CE dan ISO untuk sarung tangan nitril dan pelitup muka perubatan, yang akan membolehkan kumpulan mengeksport produk ke seluruh dunia.

“Menurut Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia, permintaan global untuk sarung tangan dijangka mencecah 420 bilion helai tahun depan.

‘Matlamat kami adalah untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 5.0 peratus daripada jumlah permintaan sarung tangan global dalam tempoh lima tahun, menyasarkan pasaran eksport seperti AS dan Eropah,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, pada suku ketiga dan keempat tahun kewangan semasa, pihaknya akan menghantar 500 juta keping sarung tangan getah ke AS, Eropah, Afrika, Timur Tengah dan Asia Tenggara.

Pada Januari 2022, Iconic Worldwide juga merancang untuk mengadakan pembukaan besar-besaran untuk mempamerkan ciri moden kemudahan pembuatan dan jentera yang automatik.

Pembinaan kemudahan pembuatan PPE baharu bernilai RM200 juta untuk sarung tangan dan topeng muka perubatan sebelum ini telah siap sepenuhnya pada 9 November 2021. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya