I-Berhad lantik dua pengarah urusan baharu - Utusan Malaysia

I-Berhad lantik dua pengarah urusan baharu

RICKY LIM BOON SOON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat pemaju hartanah, I-Berhad telah mengumumkan pelantikan Ricky Lim Boon Soon dan Datuk Eu Hong Chew sebagai Pengarah Urusan baharu, berkuat kuasa 1 Januari 2022.

Menurut I-Berhad, Ricky Lim mempunyai pengalaman luas dalam bidang teknologi dan pengalaman selama lebih sedekad dalam bidang jualan dan pemasaran.

Manakala, Eu Hong memiliki lebih dari tiga dekad pengalaman dalam bidang industri korporat tempatan dan global.

“Ricky akan menerajui kumpulan dalam bahagian teknologi di I-Berhad. Beliau memulakan kerjaya sebagai auditor di Messrs KPMG pada 1999.

“Selain itu, beliau juga mempunyai pengalaman sebagai perunding teknologi awan dan pasukan jualan (salesforce) selama lapan tahun sebagai pakar automasi dan pengurusan pelanggan.

“Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Perakaunan dan Kewangan) dari University of Melbourne, Australia pada 1998 juga merupakan Ketua Pegawai Teknologi di I-Berhad pada 2 Mei 2019,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai Pengarah Eksekutif, beliau bertanggungjawab dengan kepimpinan dalam menyelia kesemua aspek teknologi untuk I-Berhad.

Ia turut merangkumi aspek strategi, inisiatif pembangunan dan pendigitalan, serta penyelesaian dan inovasi bandar teknologi pintar. Beliau juga telah bekerjasama dengan syarikat ternama global seperti Tencent, HIK dan Sensetime di Menara Pejabat Pintar dan Penyelesaian Pengurusan Bangunan Pintar.

Ricky Lim telah memacu inovasi berasaskan teknologi dan beliau juga merupakan pengasas dalam melancarkan perkhidmatan baharu di i-City seperti aplikasi mudah alih yang digelar i-City SuperApp, sebuah platform yang serba lancar untuk kemudahan hidup yang lebih pintar seperti tempat letak kenderaan, penyewaan hartanah, pembayaran, platform mencari kerja, sembang komuniti dan lain-lain termasuk kemudahan tanpa tunai di taman tema serta penyediaan sistem pintar bagi tujuan pengecaman plat lesen kenderaan (LPR) untuk memberi kemudahan dalam kaedah pengurusan tempat letak kenderaan dan dapat mengawal aliran trafik dengan lebih baik.

Beliau juga bertanggungjawab ke atas peningkatan rangkaian berkeupaayan 400G yang diterajui oleh Huawei untuk i-City.

EU HONG CHEW

Sementara itu, Eu Hong sebelum ini pernah dilantik sebagai Lembaga Pengarah pada 15 Julai 1999 dan telah bersara pada 25 Jun 2020.

Beliau yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari University of Bradford, United Kingdom juga sebelumnya merupakan perunding termuda sewaktu tempoh berkhidmat di PA Consulting Worldwide.

Eu Hong juga seringkali dikaitkan dengan Sumurwang dan Kumpulan Syarikat Sumurwang selaku Ketua Eksekutif dengan pengalaman yang luas selama bertahun-tahun termasuk melakar laluan dalam membentuk cabang pembuatan Sumurwang, yang pertama di bawah Dreamland Holdings Berhad dan penerokaan seterusnya kedalam industri perniagaan keluli dan pemerolehan i-Berhad.

Beliau juga pernah berkhidmat di PA Management Consulting (PA Consulting) selama lebih dari sedekad. Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengajian untuk Program MBA Cranfield PA di Malaysia sebelum menyertai Dreamland. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya