TOKYO: Harga minyak meningkat semalam selepas mengalami kerugian sehari sebelumnya. Ia berikutan jangkaan Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Minyak dan sekutunya (OPEC+) mungkin menghentikan sementara penambahan bekalan ketika kebimbangan berkenaan penyebaran varian Omicron akan memberi kesan kepada permintaan bahan api dan ekonomi dunia. Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat (AS) meningkat 48 sen atau 0.7 peratus kepada AS$66.05 (RM279.36) setong, selepas jatuh 0.9 peratus pada Rabu. Minyak mentah Brent pula meningkat 48 sen atau 0.7 peratus kepada AS$69.35 (RM293.32) selepas menyusut 0.5 peratus pada sesi sebelumnya. Penganalisis di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya