PARIS: Syarikat teksi terkemuka Paris, G7 telah menggantung penggunaan kereta Tesla Model 3 dalam perkhidmatannya selepas kemalangan maut membabitkan kenderaan itu, hujung minggu lalu. Timbalan Ketua Eksekutif G7, Yann Ricodel berkata, seorang pemandu teksi yang tidak bertugas membawa keluarganya ke sebuah restoran apabila kemalangan itu berlaku pada petang Sabtu. Menurut sumber, kemalangan itu mengorbankan satu nyawa manakala 20 yang lain cedera dengan tiga daripadanya dalam keadaan serius. Menurut laporan media Perancis, kereta itu melanggar seorang penunggang basikal dan tiga pejalan kaki sebelum merempuh sebuah van, dan tujuh orang cedera parah.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya