PETALING JAYA: Honda Malaysia mempertaruhkan City Hatchback Serba Baharu untuk pasaran domestik menjelang tahun baharu 2022.
City Hatchback yang dilancarkan pada Selasa lalu, menampilkan rekaan yang sporty, dikuasakan teknologi e:HEV dan ciri-ciri termaju dalam kelasnya iaitu segmen B.
Diperkenalkan dalam empat varian iaitu RS e:HEV, V, E dan S, City Hatchback Serba Baharu disasarkan untuk golongan muda yang mahukan sebuah hatchback yang sporty dan premium.
Maka itu, tidak hairanlah dari segi penampilan, ia direka dengan konsep Energetic Hatchback agar tampil aktif, bergaya dan versatil, sekali gus menawarkan kepelbagaian yang dimahukan daripada sebuah hatchback.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo, pelancaran City Hatchback Serba Baharu hasil revolusi modal City yang menjadi antara model sedan B paling diminati di Malaysia sejak City Generasi ke-2 diperkenalkan pada 2002.
Buktinya, setakat pelancarannya, Honda Malaysia telah menerima lebih 2,000 tempatan untuk City Hatchback Serba Baharu itu.
Dijana oleh rangkaian kuasa 1.5L Sports Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) dan dipadankan dengan transmisi Electric Continous Variable Transmission (e-CVT), ia mampu menjana kuasa sebanyak 109PS dan tork mencecah 253Nm, paling tinggi dalam segmennya di mana kuasanya setara dengan tork kuasa enjin Aspirasi Natural segmen D.
Rangkaian kuasa e:HEV akan membawakan pengalaman pemanduan ke satu tahap baharu kepada pemandu dengan pecutan yang lancar dan penjimatan bahan api luar biasa. Sebagai tambahan, sistem hibrid 2-motor Honda yang unik dan canggih boleh bertukar diantara tiga mod pemanduan iaitu Pacuan EV, Pacuan Hibrid dan Pacuan Enjin secara bergilir-gilir dengan penuh kecekapan bergantung kepada kondisi pemanduan.
Harga City Hatchback Serba Baharu:
Varian V: RM87,856.36
Varian E: RM83,075.73
Varian S: RM75,669.45
** Harga RS e:HEV diumum kemudian – UTUSAN