PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) baru-baru ini telah menyempurnakan Projek Sistem Tenaga Fotovoltan (PV) di Perkampungan Rumah Rakit, Tanjung Surat, Johor Darul Takzim. Projek bernilai RM87,800 yang dibiayai hasil daripada pendanaan awam Sadaqa House itu akan memudahkan komuniti yang tinggal di rumah rakit di kawasan terbabit mendapat bekalan elektrik yang dijana cahaya matahari sepenuhnya. Kaedah mesra alam itu turut menyediakan penjimatan kos dan akses kepada sumber tenaga elektrik yang lebih selamat kepada kediaman terlibat. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB, Mohd. Muazzam Mohamed…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya