BBBB: RichWorks cabar usahawan - Utusan Malaysia

BBBB: RichWorks cabar usahawan

RADZ Mohd. melakukan terjunan udara dari ketingian 13,000 kaki dengan berlatar belakang pulau buatan, Palm Jumeirah di Dubai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) menganjurkan program Berani Bina Bisnes Berjaya 2022 (BBBB 2022) yang bakal diadakan pada Februari tahun depan.

Program berlangsung tiga hari itu menawarkan kaedah khusus ke arah membina perniagaan yang berjaya dengan para peserta akan terlebih dahulu membina asas keyakinan diri lebih kukuh dan keteguhan untuk menetapkan laluan ke arah mencapai sasaran ditetapkan oleh diri sendiri.

Selain itu, para peserta berpeluang mempelajari cara membina skil kepemimpinan di dalam aspek kehidupan peribadi dan profesional, selain belajar asas dan skil di dalam perniagaan di samping membina jati diri untuk membentuk diri menjadi ahli perniagaan dan usahawan berjaya.

Matlamat program adalah membina mindset dan sikap usahawan untuk jadi cukup berani untuk berubah, menjadi usahawan berani hadapi realiti kehidupan dan enggan bersembunyi dengan kekurangan sedia ada serta mahu keinginan tinggi untuk belajar kerana rasa bertanggungjawab berubah kehidupan diri sendiri, keluarga dan perniagaan.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, BBBB 2022 bertujuan mengajak orang ramai lebih berani untuk komited dalam mencapai impian.

“Oleh itu, kami mengajak untuk menyertai program ini dengan mereka berminat boleh daftar segera melalui https://binabisnesberjaya.com,” katanya ketika pelancaran BBBB 2022 bersiaran secara langsung dari Dubai dan Malaysia sebentar tadi.

ZAFROL Rizal Mat menunjukkan isyarat bagus ketika melakukan terjunan udara di Dubai, baru-baru ini.

Terdahulu, terjunan udara dari 13,000 kaki di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi simbolik pelancaran program BBBB 2022 yang bakal diadakan pada Februari 2022.

Terjunan udara tersebut diketuai Pengerusi Eksekutif RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Zafrol Rizal Mat; Pengarah Eksekutif, Hasnita Ahmad; Ketua Pegawai Operasi, Suley Nordyana Yahya; Ketua Pegawai Perniagaan, Radz Mohd. dan Pengurus Pembangunan Bahan Kandungan, Nik Zuriel Nik Ramlan.

Jelas Radz, terjunan tersebut membawa erti buat RichWorks agar terus lebih berani dalam meningkatkan usaha membimbing lebih ramai bangsa usahawan dan anggota masyarakat di luar sana.

Katanya, RichWorks bersyukur dapat membantu lebih 1.5 juta orang melalui program dijalankan sejak 2008 untuk ubah hidup dan membina bisnes yang berjaya.

“Saya sebenarnya gayat di tempat tinggi, tapi saya beranikan diri, berhadapan rasa takut itu dan dapat mengatasinya. Alhamdulillah, terjunan ini juga sebenarnya sama seperti proses membina bisnes berjaya dengan percaya pengajar atau mentor yang berpengalaman dan berkepakaran untuk pastikan sampai ke destinasi dituju,” katanya.

Rombongan RichWorks kini berada di UAE untuk mengunjungi Expo 2020 Dubai bagi mempelajari dan melihat perubahan teknologi dunia kepada kehidupan serta revolusi teknologi dan pemikiran luar kotak dari pelbagai negara.

Dalam masa sama, program Inner Circle Meeting (ICM) Titan Premier turut diadakan bersama 46 usahawan jutawan yang dibimbing secara dekat oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dalam menghubungkan minda agar mewujudkan masa depan lebih baik.

Tambahnya, dalam bisnes kita perlu percaya kepada proses yang akan dilalui dan bertindak mengikut apa yang dibimbing agar mendapat hasil yang diinginkan.

“Oleh itu, RichWorks nak cabar bangsa usahawan dan orang ramai yang berani nak kembangkan bisnes untuk sertai BBBB 2022 secara dalam talian pada 25 hingga 27 Februari tahun depan.

“Kami mahu menyediakan peserta agar ada pemikiran dan sikap seorang usahawan yang ada keinginan tinggi malah berani untuk berubah dan berdepan cabaran mendatang dengan ilmu demi diri malah keluarga,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya