PETALING JAYA: Agrobank menerusi program ‘Agrobank dan Komuniti’ telah mengadakan misi bantuan banjir kepada mangsa banjir di sekitar Hulu Langat, Selangor Isnin lalu. Seramai lebih 30 sukarelawan terdiri daripada kakitangan Agrobank telah menyertai misi bantuan itu dengan melakukan kerja-kerja pembersihan di beberapa buah rumah di sekitar Batu 16, Nanding and Desa Raya, Hulu Langat. Ketua Pegawai Pembangunan Agrobank, Aminuddin Amenon berkata, Agrobank bersimpati dengan cabaran dan keperitan yang dihadapi mangsa-mangsa banjir. “Justeru, kami telah menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Hulu Langat yang telah membantu Agrobank dalam mengenal pasti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya