PETALING JAYA: Hong Leong Bank Berhad (HLB) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) bersih sebanyak RM858 juta pada suku pertama tahun kewangan 2022 berakhir 30 September lalu. Keuntungan tersebut merupakan 17.7 peratus lebih tinggi berbanding suku sama tahun kewangan sebelumnya. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Domenic Fuda berkata, keuntungan tinggi berjaya dicatatkan disokong oleh pertumbuhan yang cemerlang, pengurusan perbelanjaan berdisiplin, elaun susut nilai pinjaman lebih rendah dan sumbangan tinggi daripada sekutunya. Kata beliau, pelaksanaan berterusan keutamaan strategik HLB membolehkan syarikat perbankan itu berdiri di atas asas yang kukuh bagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya