PETALING JAYA: Top Glove, pengeluar sarung tangan terbesar di dunia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam usaha menyokong pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara. MoU tersebut menandakan permulaan kerjasama lima tahun antara kedua-dua pihak bagi memajukan TVET, meningkatkan kadar tenaga kerja negara dan menggalakkan perkembangan pengetahuan ekonomi berasaskan pengeluaran barangan dan perkhidmatan berdasarkan aktiviti intensif pengetahuan daripada kemajuan dalam inovasi teknikal dan vokasional. Top Glove dalam kenyataan berkata, melalui kerjasama tersebut, pelajar TVET tempatan dan graduan daripada 84 kolej vokasional di bawah KPM akan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya