SYDNEY: Sydney Airport Holdings bersetuju menerima tawaran pengambilalihan bernilai A$23.6 bilion (RM72.55 bilion) daripada kumpulan pelabur infrastruktur. Perjanjian tersebut merupakan antara pengambilalihan terbesar dalam sejarah Australia. Lembaga lapangan terbang terbesar Australia itu berkata, pihaknya sebulat suara bersetuju dengan tawaran pengambilalihan daripada Perikatan Penerbangan Sydney (SAA) yang dianggotai pelabur Australia, IFM Investors, QSuper dan AustralianSuper serta Global Infrastructure Partners dari Amerika Syarikat (AS). Pengarahnya, David Gonski berkata, pihaknya percaya kesan langkah tersebut menggambarkan nilai jangka panjang yang baik kepada lapangan terbang tersebut dan sebulat suara mencadangkan tawaran tersebut kepada pemegang saham.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya