Tart keju bakedbysu jadi sebutan - Utusan Malaysia

Tart keju bakedbysu jadi sebutan

NURUL Shuhada Mat Ayub menunjukkan tart keju diusahakannya menerusi jenama bakedbysu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEENAKAN tart keju dihasilkan menerusi jenama bakedbysu bukan sahaja mendapat permintaan menggalakkan bahkan menjadi sebutan masyarakat setempat.

Nurul Shuhada Mat Ayub, 25, yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, dia tidak menjangka perniagaannya menjadi perhatian pembeli.

“Tart keju ditawarkan bakedbysu berbeza dari segi saiz gergasi, tempahan dekorasi dan lukisan mengikut tema diminta pelanggan di Semanggol, Perak.

“Tart keju didatangkan dalam pelbagai saiz. Harga bermula RM25 hingga RM75 sekotak, mengandungi 16 tart keju,  dihasilkan menggunakan bahan berkualiti tinggi,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Untuk tempahan, kunjungi Facebook shuhada su dan bakedbysu atau hubungi 011-30080625 dan 011-16234024.

———————————————————————————————————–

ROFEAH Tahir mahu mengekalkan tradisi pembuatan sirih junjung.

 

Perniagaan bakeri, sirih junjung beri pulangan lumayan

MULA berniaga secara kecilkecilan, Rofeah Tahir, 51, tidak menyangka dia mampu membuka kedai bahkan menjana pendapatan bulanan mencecah hampir RM20,000.

Katanya, perniagaan diusahakan itu juga dengan bantuan pinjaman modal sejak menjadi Sahabat Amanah Ikhtiar  Malaysia (AIM) 21 tahun lalu.

“Kedai di Bagan Serai, Perak ini, menggabungkan dua perniagaan utama iaitu menyediakan bakeri dan keperluan  gubahan terutama sirih junjung.

“Perjalanan awal perniagaan ini bermula apabila saya membuat kek dan roti dari rumah untuk dihantar ke kedai makan berhampiran rumah,” katanya ketika dihubungi, barubaru ini.

Kata Rofeah, kekurangan kedai kraftangan sirih junjung dan gubahan di sekitar Bagan Serai, membuatkannya nekad  membuka kedai bagi menjual keperluan barangan gubahan.

“Untuk tempahan boleh hubungi 016-7023354 atau di Facebook rofeah tahir dan Instagram rofeahtahir,” katanya.

———————————————————————————————————-

SITI Aisyah Wee Abdullah bersama apam balik lazat yang dijualnya.

 

‘Sekali makan, pasti nak lagi’

SEKALI makan pasti hendak lagi, begitulah keenakan apam balik yang dijual di bahu jalan di sekitar Kinta, Perak.

Pengusaha apam balik, Siti Aisyah Wee Abdullah, 40, mengakui tidak terlalu berkira meletakkan bahan dan sehingga kini  masih menjualnya dengan harga hanya RM2.50 sekeping.

“Inti jagung yang digunakan dimasak sendiri menggunakan jagung mentah dan dimasak sehingga beberapa jam lamanya bagi memastikan inti benar-benar masak.

“Dianggarkan setiap adunan lima ketul jagung mentah boleh menyiapkan kirakira 7 kilogram apam balik dan mengaut keuntungan hampir RM100 sehari,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Siti Aisyah yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, bagi memastikan apam balik disediakan menepati cita rasa, penggunaan bahan perlulah segar dan berkualiti.

“Untuk tempahan, boleh hubungi saya di talian 017-4149161 atau kunjungi Facebook Siti Aisyah dan Instagram SitiAisyahweebintiabdullah,” katanya.

————————————————————————————————————–

 

NURHANIS Mohd. Nasir meneruskan perniagaan labu sayong yang diusahakan  oleh ibu bapanya sejak lebih 20 tahun lalu.

Nurhanis teruskan legasi pembuatan labu sayong

KEUNIKAN pembuatan labu sayong inilah yang disambut baik oleh pengusaha syarikat Mehans Enterprise, Nurhanis Mohd. Nasir, 30, apabila menyambung legasi keluarga sejak 20 tahun lalu.

Menerusi Kraf Hanis Labu Sayong, dia yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menghasilkan rekaan kraftangan  tradisi itu dengan menerapkan pelbagai motif.

“Saya memberikan elemen segar menerusi pilihan motif seperti alam sekitar seperti bunga padi, bunga cengkih, pucuk  rebung dan geometri.

“Dek kerana perasaan sayang pada seni warisan, saya sedia mengambil alih perniagaan ini dan mahu membawanya ke  peringkat lebih jauh,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi Facebook, KRAF HANIS LABU SAYONG – MEHANS ENTERPRISE atau Instagram @krafanis atau hubungi 017-5499942.

Untuk mengetahui skim pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, sila layari:
www.aim.gov.my/perkhidmatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya