PETALING JAYA: Mencari produk kulit yang bersesuaian merupakan cabaran yang besar terutamanya buat kanak-kanak yang mempunyai masalah kulit gatal, kering dan sensitif.
Hati ibu bapa mana yang tidak bimbang sekiranya si kecil kerap menangis kerana tidak selesa dengan keadaan kulit sendiri.
Kanak-kanak juga kurang berdaya untuk mengawal diri daripada menggaru anggota badan mereka terutamanya apabila mereka sedang tidur.
Sebagai ibu bapa yang prihatin dan penyayang, pasti sanggup melakukan apa sahaja bagi melihat anak-anak berada dalam keadaan yang sihat dan boleh tidur dengan nyenyak tanpa menggaru sehingga meninggalkan parut pada badan.
Kini, ibu bapa tidak perlu bimbang kerana produk Suu Balm, yang diformulasikan oleh pakar perunding dermatologi berpengalaman, Dr. Tey Hong Liang, mampu membantu menyelesaikan masalah kulit yang gatal, kering dan sensitif.
Suu Balm yang diformulasikan di National Skin Centre, Singapura itu turut mengeluarkan rangkaian produk lengkap untuk si manja yang terdiri daripada produk mandian badan dan krim sapuan iaitu, Suu Balm Kids Dual Soothing & Moisturising Head To Toe Wash dan Suu Balm Kids Dual Rapid Itch Relieving & Restoring Ceramide Moisturiser.
Menurut Suu Balm, kedua -dua produk itu boleh memberi kelegaan jangka panjang dan boleh digunakan tanpa rasa was- was kerana kedua-duanya memiliki status halal selain sesuai digunakan untuk bayi.
Langkah pertama untuk mengatasi kulit sensitif ialah dengan mandi menggunakan pembersih Suu Balm Kids yang tidak mengandungi sebarang sabun, pewangi atau paraben serta bersifat lembut pada kulit.
Ia memiliki pH5.5 yang sesuai untuk kulit sensitif, serta mengandungi bahan pelembap lima kali lebih tinggi berbanding pembersih biasa.
Langkah kedua pula ialah, menggunakan Suu Balm Kids Dual Rapid Itch Relieving & Restoring Ceramide Moisturiser, yang menambah baik kelembapan dan pemulihan kulit, selain memberi kelegaan pantas daripada rasa gatal dengan menthol dalam masa lima minit.
Menthol bertindak sebagai ejen penyejuk yang menyejukkan saraf pada kulit dan seterusnya menghalang penghantaran rasa gatal ke otak. Sementara bahan ceramide memberi kelembapan pada kulit.
Sementara itu, syarikat farmaseutikal tersebut turut menekankan kepentingan penjagaan kulit sensitif dengan tips-tips berikut.
Antaranya ialah dengan mengelakkan penggunaan air panas ketika mandi dan menggunakan air suam, jangan mandi terlalu lama (kerana air boleh menjadi penyebab kulit kering), gunakan pembersih yang bersifat lembut pada kulit dan elakkan kandungan sabun, pewangi dan paraben serta pakai pelembap sekerap yang boleh (sehingga lima kali sehari).
Produk Suu Balm boleh didapati menerusi kedai dalam talian rasmi seperti Shopee dan e-stor (www.suubalm.com.my) atau di farmasi terpilih seperti Watsons, Caring dan lain-lain yang berdekatan dengan anda. – UTUSAN