Siti Nordiana bangkit daripada kegagalan - Utusan Malaysia

Siti Nordiana bangkit daripada kegagalan

SITI Nordiana Sulaiman menunjukkan Dianz Popia Simpul dan Dianz Popcorn Caramel yang dihasilkannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGALAMAN tidak berfikir panjang sebelum memulakan perniagaan, mendorong Siti Nordiana Sulaiman, 36, untuk mendalami selok-belok perniagaan lebih mendalam.

Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, dia bersyukur kerana kesilapan dimulakan pada awal perniagaan  membawa kepada penemuan produknya sendiri, Dianz Popia Simpul dan Dianz Popcorn Caramel.

“Saya lihat individu meniaga senang dapat duit. Saya pun mula berniaga tanpa perancangan yang betul sehingga  kehilangan segalanya.

“Tetapi, kegagalan itu juga mendorong saya untuk bangkit dengan strategi perniagaan lebih terancang menerusi produk  Dianz Popia Simpul dan Dianz Popcorn Caramel,” katanya ketika dihubungi,  baru-baru ini.

Kata pemilik Dianz Marketing itu, tarikan utama Dianz Popia ialah adunan sendiri selain inti popia yang enak.

Untuk tempahan, hubungi 011-27135040 atau layari Facebook, WarongDianz dan Instagram,@sitinordianasulaiman

SALINA ATTAN dihadapan D’pantai Homestay yang ditawarkannya kepada pengunjung di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Minat dorong Salina ceburi perniagaan inap desa

MINAT mendalam terhadap industri pelancongan mendorong Salina Attan, 50, menjalankan perniagaan inap desa  D’pantai Corus, di Lagoon Paradise Apartment Port Dickson, sejak dua tahun lalu.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ini berkata, dia mengusahakan D’pantai Corus bersama suami, Mazlan Mohd. Arop, 58, apabila layak mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 2018.

“Dengan pinjaman wang AIM dan wang simpanan KWSP, kami memulakan pengubahsuaian bagi membolehkan D’pantai Corus beroperasi pada 2019.

“Selain itu, saya turut membeli satu lagi pangsapuri D’pantai Glory (G) Port Dickson untuk dijadikan inap desa,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Untuk tempahan, hubungi 012-9306440 atau layari Facebook, D’pantai Homestay dan D’pantai Homestay Port Dickson dan Instagram, dpantai_homestay

NUR Rashidah Mohd. Saat bersama produk air katira yang dihasilkannya.

Beban hutang ‘paksa’ Nur Rashidah ceburi perniagaan kafe

TERPAKSA menanggung beban hutang pengurusan tadika diusahakan pada 2014, membuat Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ini beralih kepada perniagaan makanan menerusi TAP Cafe.

Pemilik kafe, Nur Rashidah Mohd. Saat, 31, berkata, dia  mengambil keputusan untuk mengusahakan perniagaan kafe itu yang terletak di sekitar Kepong, Kuala Lumpur.

“Pelbagai jenis jualan saya lakukan termasuk air katira yang dijual dalam balang selain menjual di tepi jalan, jualan but kereta dan menggunakan vendor berdaftar food panda.

“Bermulanya 2018, Katira Padu mula mendapat sambutan hangat dan detik itu mengubah kehidupan saya apabila  perniagaan kian berkembang,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Menurut Nur Rashidah, air katira ditawarkan itu menggunakan bahanbahan premium seperti kembang semangkuk, arabic gum, kurma, cincau dan selasih. Ia menjadikan air katiranya terasa mewah dan enak sekali.

Maklumat lebih lanjut boleh hubungi, 0177667664 atau layari Facebook, TAP Café dan Instagram, TAP Cafe.

NURUL Herdayu Abdul Rahman bersama produk-produk yang dihasilkannya.

Produk Ayunis Kitchen terus dapat sambutan

SETIAP pengeluaran produk pes masakan, sambal sedia makan dan biskut Florentine Cookies dan Brownies Cookies diketengahkan Ayunis Kitchen, mempunyai kisah tersendiri.

Kata pemilik syarikat NH Daily Cious Food, Nurul Herdayu Abdul Rahman, 38, setiap produk dihasilkan sendiri di rumah.

“Saya mulakan perjalanan dengan menceburi bidang bakeri dan mendapat tempahan kek hari jadi, majlis pertunangan serta perkahwinan.

“Tidak mahu fokus pada kek sahaja, saya mendapat idea membuat biskut. Maka terhasillah Biskut Florentine dan Brownies  Cookies,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, penerimaan biskut brownies dengan rasa seperti kek menjadi tarikan  produk itu sehingga mendapat sambutan tinggi.

Untuk tempahan, hubungi 016-2067234 atau kunjungi Facebook, Ayunis Kitchen, Instagram, ayuniskitchen dan youtube, Ayunis Kitchen.

Untuk mengetahui skim pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, sila layari:
www.aim.gov.my/perkhidmatan – UTUSAN

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya